|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili akan merasmikan Seminar Kebangsaan 50 Tahun Merdeka dan Generasi Baru: Penghayatan dan Masa Depan Hubungan Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia pada hari Isnin, 23 Julai 2007, jam 9.00 pagi di Hotel Legend, Kuala Lumpur.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili akan turut melancarkan Risalah 銭eluhuran Perlembagaan, Rukunegara・dan menyampaikan ucap utama di majlis tersebut kelak.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato・G. Palanivel dijangka akan menyempurnakan acara penutup seminar tersebut pada hari Selasa, 24 Julai 2007, jam 12.45 tengahari di hotel yang sama.
Seminar 50 Tahun Merdeka dan Generasi Baru ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Penerangan Malaysia dan Yayasan Strategik Sosial.
Seminar dua hari ini bertujuan untuk meneliti aspek hubungan etnik di negara ini dari pelbagi sudut merangkumi elemen-elemen sejarah, isu, cabaran dan persepsi hubungan etnik di kalangan pelajar sekolah dan generasi muda selepas merdeka.
Antara tokoh-tokoh yang akan turut berkongsi pengalaman bagi membincangkan tajuk ini termasuklah sejarawan Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim, Jabatan Sejarah, Universiti Malaysia, Dato・Azman Amin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato・Dr. Syed Ahmad Hussein, Pengerusi Lembaga Akreditasi Negara, serta tokoh yang terselamat ketika pengeboman Hiroshima, Dato・Hj. Abdul Razak Hj. Abdul Hamid |
August 25, 2008 at 5:21 am
Hubungan etnik di Malaysia yang meneliti aspek-aspek sejarah isu dan cabaran