Detected ARBIVIRUS’S BLOG !!

Tahap Stres Dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Di Guru Sekolah Di Negeri Johor, Melaka, Selangor, dan N. Sembilan.

Posted on: October 15, 2008

Abstract

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres serta faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan guru sekolah menengah. Seramai 400 orang guru di empat buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Faktor stres dikaji dari aspek bebanan kerja, hubungan interpersonal, masalah disiplin pelajar dan peraturan sekolah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara persampelan rawak kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = 0.8201. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk menganalisis tahap stres manakala statistik inferensi iaitu analisis ujian –t dan korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis perbezaan stres antara jantina dan hubungan antara faktor stres dengan umur, pengalaman mengajar dan bilangan anak. Hasil kajian mendapati tahap stres di kalangan guru berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor stres dengan jantina. Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor bebanan kerja dengan pengalaman mengajar, umur dan bilangan anak. Aspek yang paling mempengaruhi stres ialah dari aspek masalah disiplin pelajar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


  • arbivirus: Haha..same2 la atas penerimaan kasih kamu semu kepada saya...
  • Abul: waa... promosi betul nmpk? dapat komisen ke? heheh
  • nurul izza: terima kasih di atas artikel ini. sangat berguna sebagai rujukan saya.

Categories

%d bloggers like this: