Detected ARBIVIRUS’S BLOG !!

Hubungan Etnik

Seminar 50 Tahun Merdeka dan Generasi Baru: Bincang Hubungan Pelbagai Etnik di Malaysia


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili akan merasmikan Seminar Kebangsaan 50 Tahun Merdeka dan Generasi Baru: Penghayatan dan Masa Depan Hubungan Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia pada hari Isnin, 23 Julai 2007, jam 9.00 pagi di Hotel Legend, Kuala Lumpur.

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili akan turut melancarkan Risalah eluhuran Perlembagaan, Rukunegaradan menyampaikan ucap utama di majlis tersebut kelak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, DatoG. Palanivel dijangka akan menyempurnakan acara penutup seminar tersebut pada hari Selasa, 24 Julai 2007, jam 12.45 tengahari di hotel yang sama.

Seminar 50 Tahun Merdeka dan Generasi Baru ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Penerangan Malaysia dan Yayasan Strategik Sosial.

Seminar dua hari ini bertujuan untuk meneliti aspek hubungan etnik di negara ini dari pelbagi sudut merangkumi elemen-elemen sejarah, isu, cabaran dan persepsi hubungan etnik di kalangan pelajar sekolah dan generasi muda selepas merdeka.

Antara tokoh-tokoh yang akan turut berkongsi pengalaman bagi membincangkan tajuk ini termasuklah sejarawan Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim, Jabatan Sejarah, Universiti Malaysia, DatoAzman Amin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, DatoDr. Syed Ahmad Hussein, Pengerusi Lembaga Akreditasi Negara, serta tokoh yang terselamat ketika pengeboman Hiroshima, DatoHj. Abdul Razak Hj. Abdul Hamid

 

1 Response to "Hubungan Etnik"

Hubungan etnik di Malaysia yang meneliti aspek-aspek sejarah isu dan cabaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


  • arbivirus: Haha..same2 la atas penerimaan kasih kamu semu kepada saya...
  • Abul: waa... promosi betul nmpk? dapat komisen ke? heheh
  • nurul izza: terima kasih di atas artikel ini. sangat berguna sebagai rujukan saya.

Categories

%d bloggers like this: